Jelita - Ogos 2018
Malay | 116 pages | True PDF | 35.9 MB
Malay | 116 pages | True PDF | 35.9 MB
Kelibatnya makin dilihat, suara merdunya kini berkumandang. Noryn Aziz, penghias wajah depan edisi Ogos berkongsi kisah dan statusnya yang terkini, bagaimana dia berdepan dengan badai yang melanda rumah tangganya serta cara bangkit lebih berkeyakinan. Noryn turut menyahut cabaran meneka lirik lagu dalam video istimewa dikongsikan di herinspirasi.com, jangan lupa tontonnya! Bila wanita itu kembali solo setelah lama berumah tangga, tentu ia membabitkan stigma dan pandangan tertentu biasanya serong daripada masyarakat. Fokus Jelita mengupas isu ini juga berkongsi kisah dua wanita yang kini bergelar ibu tunggal, bagaimana mereka mengharungi kehidupan tanpa seorang lelaki di sisi. Julung kali diadakan, Anugerah Her Beauty 2018 merangkumkan senarai produk kecantikan terbaik tahun ini – pilihan editor serta pembaca Jelita, The Malaysian Women’s Weekly dan Her World. Ketahuinya agar mempermudahkan anda membuat seleksi tepat bila memilih barangan penjagaan diri. Layangan bibir menggunakan gincu terkini menjadi nadi Pesona Solekan bulan ini, lihat gincu pilihan dan cara mencipta kelainan bila mengenakannya sebelum berdepan dengan orang ramai. Suai padan dan lapisi item fesyen kegemaran anda dengan mudah dan tampil lebih fesyenista mengikut saranan Pesona Gaya bulan ini. Semua ini dan banyak lagi dalam Jelita edisi Ogos.